Friday 27 December 2013

Tuhau Pembuka Selera

Apabila kita berjalan-jalan atau 'makan angin' ke tempat orang, rasanya tidak lengkap lawatan itu tanpa kita merasai makanan 'istimewa' mereka. Bak kata pepatah "Jauh perjalanan luas pemandangan". Bukan sekadar kita tahu secara teori sahaja budaya sesuatu tempat tetapi mengalaminya sekali. Inilah yang menyeronokkan sesuatu pengembaraan.

Ketka lawatan terakhir saya ke Sabah, saya terjumpa makanan ini (tuhau) secara kebetulan. Saya terjumpanya semasa membeli sayur di salah sebuah gerai sayuran yang banyak terdapat di Kundasang. Memang menjadi tabiat saya kalau melihat sesuatu yang ganjil yang menarik minat saya akan bertanya mengenainya dengan lebih mendalam pada peniaga. Selalunya mereka dengan senang hati  akan memberi maklumat yang dikehendaki.  Menariknya 'tuhau' ini, ia sudah boleh dimakan terus seperti 'kimchi' orang Korea....tidak perlulah saya memprosesnya dari awal.

Tuhau adalah sebutan dalam bahasa Kadazan dan Dusun atau nama saintifiknya E.Coccinea, dan bahasa Iban berbunyi Upak Kecalak. Ia sejenis tumbuhan herba yang hidup subur di kepulauan Borneo, dari jenis pokok rendah dan tidak berbatang keras. Mengikut penjual di gerai  saya membelinya, pokok tuhau ini lebih kurang sama dengan pokok kantan yang terdapat di Semenanjung.

 Untuk kebanyakan resepi tuhau ini, bahagian batang daripada pokok itu digunakan. Namun begitu ada juga yang mengguna bunganya sebagai bahan hidangan. Serunding tuhau juga adalah salah satu masakan yang mengguna samada batang atau bunga pokok ini. Ready-made seruunding ini juga ada dijual di gerai ini tetapi saya tidak membelinya.

batang tuhau.....dikupas lapisan luar dan diambil batang yang lembut
tuhau yang masih berbaki.......
Saya telah membeli 3 biji bekas seperti gambar di atas dengan harga RM 10.00. Masih ada lagi sedikit yang tinggal walaupun hampir setahun saya membelinya. Ia seperti jeruk yang tahan lama kerana diperap dengan air cuka atau limau. Jika disimpan dalam peti ais lagi  lama jangka hayatnya.  Sebelum menghidangkan ready-made tuhau ini, ia boleh diolah mengikut cita rasa masing-masing.....tepuk dada tanya selera....hahahaa.

serunding tuhau. - diproses daripada bunganya....
....sudah ditambah ikan bilis dan kacang tanah goreng
tuhau yang ditambah bawang dan cili api sebagai pembuka selera


sambal tuhau......ditambah belacan, cili api dan udang kering yang ditumbuk

Tuesday 3 December 2013

Hujung Dunia - Tip of Borneo Kudat Sabah

ADA beberapa tempat di dunia ini yang digelar sebagai tanah  hujung dunia atau dalam bahasa Inggerisnya "end of land or the world". Tempat-tempat sebegini agak menarik untuk dikunjungi kerana ia membuat kita berasa seolah-olah berada di penghujung dunia, di samping menikmati pemandangan-pemandangan yang menarik. Biasanya tanah hujung ini, sebahagian besar kawasannya dikelilingi laut luas sejauh mata memandang. Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa telah mencipta alam ini untuk kita nikmatinya bersama dan mengajak kita memikir-mikirkan tentang kejadiannya,

Firman Allah



The Tip of Borneo adalah tanah hujung ketiga yang  kami lawati. Ia terletak di daerah Kudat, Sabah. Pada musim cuti sekolah bulan disember 2012 kami membawa 2 orang anak bujang melancong ke Sabah buat pertama kali. Bagi saya ini kali yang ke-3 berjalan-jalan di Negeri atas Bayu ini.

Tip of Borneo

Borneo is the 3rd largest island in the world, after Greenland and New Guinea,  and its northern-most tip is the meeting point of two big oceans, South China Sea and Sulu Sea. The Tip of Borneo is located in Kudat peninsula and one of the most popular attractions in Sabah. The scenery is delightful but you may not know where you stand, was used to be a watch-point for pirate invasion hundreds of years ago. That’s why the Tip of Borneo is also known as Tanjung Simpang Mengayau, which means the junction to the battle at the tip (in Rungus language).


Masyarakat tempatan mengenali tempat ini sebagai Tanjung Simpang Mengayau. British koloni pula mengenalinya sebagai "The Parting of the Pirate Ways". Simpang Mengayau membawa maksud persimpangan yang menjadi tempat berlegar atau merayau. Simpang Mengayau terletak dalam daerah Kudat, lebih kurang tiga setengah jam perjalanan dengan kereta dari bandar Kota Kinabalu atau 215km dari KK dan 40km dari pekan Kudat.

Tip of Borneo..........cantikkan?
Jom ke sana!

Untuk sampai ke tanah hujung ini, kita kena berjalan naik bukit sedikit. Kami tiba di sini lebih kurang pukul 3.30 ptg. Jadi sebelum meneruskan perjalanan ini kami singgah dahulu untuk mengisi perut yang kelaparan di sebuah restoran yang terdapat di situ. Daerah kudat terkenal sebagai pengeluar kelapa. Di mana-mana saja kita  pergi akan dapat lihat pokok kelapa. Jadi air kelapa muda menjadi salah satu daripada menu tengahari itu.



kelapa......tanaman utama daerah Kudat
Berjalan-jalan ke tanah hujung ini satu pengalaman yang sangat unik dan.menarik. Kawasan ini mempunyai lanskap semulajadi yang indah permai. 



 





Apabila tiba di atas bukit kita akan menemui landmark pertama (The Globe) menandakan kita sudah berada di tanah paling hujung di pulau Borneo. Dari atas bukit ini kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT; Laut seluas mata memandang, batu-batan menghiasi pantai, ombak dua lautan kejar mengejar dan hembusan angin yang menyegarkan.






The Globe

Bekas sampah yang menarik  menambahkan keindahan lanskap

Pantai Kalampunian......terkenal dengan kecantikan airnya yang jernih bagaikan kristal
Apabila berada di sini kita masih lagi belum berada di hujung tanah sebenarnya. Dari sini kita perlu berjalan turun sedikit untuk sampai ke sebahagian penghujungnya kerana yang paling hujung berada dalam air dan dilarang ke sana oleh pihak berkuasa.

Batu singkapan yang berbetuk tiga segi di belakang.......itulah tanah hujung sebenar

Kenangan bersama dua anak bujang

Related Posts: