Wednesday 7 November 2012

Kembara Borneo - Driving from KK to Seria Brunei


Kami berada di Brunei dari 13 hingga 14 Feb sahaja. Dari pagi hingga ke petang 14 Feb kami berada di BSB melawat beberapa tempat menarik yang biasa dilawati oleh para pelancong dari luar dan dalam negeri. Sebelah petangnya pula kami ke Pekan Seria, 100 km dari BSB ke arah barat-daya.
Seria 100 km dari BSB ........ lebih hampir ke Miri Sarawak

Kami pernah ke sini 19 tahun yang lepas bersama anak-anak yang masih kecil ketika itu. Namun kami datang dari arah Miri melalui pintu masuk Kuala Belait Brunei. Lawatan kali ini memang sangat mengujakan kerana ia mengembalikan nostalgia lawatan pertama pada tahun 1993. Banyak perubahan sudah berlaku pada bandar ini namun ada satu ciri lanskapnya yang tidak berubah dari dahulu hingga sekarang ...... pemandangan pumpjack atau "nodding donkeys" yang berada di mana-mana sahaja kita pergi di bandar ini. Inilah mercu tanda bandar Seria yang memberitahu kita bahawa ia adalah sebuah bandar minyak atau juga dikenali sebagai "shelltown". Kehidupan penduduk tempatan memang banyak dipengaruhi oleh aktiviti yang melibatkan syarikat minyak gergasi ini.

nodding donkey secara dekat
Kami tiba di Pekan Seria lebih kurang pukul 5 petang.Pada petang itu kami hanya pusing-pusing di pekan ini sambil mengimbau kembali lawatan pertama kami. Oleh kerana hari semakin gelap kami hanya sempat melawat satu saja tempat menarik di sini iaitu Billionth Barrel Monument. Monumen ini terletak di pantai Seria, 38 meter daripada telaga minyak pertama yang dijumpai di Seria oleh Brunei Shell Petroleum pada tahun 1929.

Kami sempat bergambar di monumen ini yang dihiasi dengan lanskap yang menarik. Warga Pekan Seria menjadikan kawasan atau taman  ini sebagai tempat rekreasi mereka. Ramai yang datang berjoging, bersiar-siar membawa anak-anak atau duduk-duduk saja ber-'coupling'. Apa-apapun mereka semua datang untuk beriadhah sambil menikmati keindahan taman.





Lanskap yang menarik







....yang di belakang itulah pumpjack yang digelar nodding donkeys

Satu lagi  tempat menarik yang kami tidak sempat pergi kerana kesuntukan masa walaupun kami lalu di hadapannya ialah Oil and Gas Discovery Centre (OGDC), sebuah muzium interaktif yang juga dikendalikan oleh Brunei Shell Petroleum.


Oil & Gas Production Centre ..... OGPC

Mengimbau lawatan pertama 1993

Dalam lawatan kami yang pertama kami ada pergi ke Masjid Pekan  Seria.  Asalnya  Seria dikenali sebagai Pekan Seria. Masjid ini adalah masjid pertama di Brunei yang mempunyai kubah dalam rekabentuknya.


Di hadapan Masjid Pekan Seria negara Brunei Darussalam pada tahun 1993
Kami datang daripada Miri Sarawak dan masuk ikut Kuala Belait menaiki feri menyeberangi  Sungai Belait. Namun kini tidak perlu naik feri lagi kerana sudah ada Jambatan  Rasau yang bertol melintasi sungai Belait.


Feri Belait Layang-Layang membawa kami menyeberang 
 Sg Belait dan terus masuk ke  Brunei
Seperti yang saya katakan sebelum ini ketika lawatan pertama itu kami juga dapat melihat 'nodding donkeys'  di merata-rata pekan ...... di taman, sebelah masjid, kawasan perumahan, pantai,  ..... seolah-olah ianya adalah sebahagian dari keperluan kehidupan mereka.


Ini pemandangan pada tahun 1993......nodding donkey di belakang

.......ini  balai raya sebuah kampong yang dilalui.... Seria 1993
Pulang ke Limbang

Ketika kami meninggalkan taman monumen, hari sudah semakin gelap. Kami terpaksa meneruskan perjalanan kami ke Limbang Sarawak untuk bermalam di sana kerana kos penginapan di Limbang jauh lebih murah berbanding dengan di Brunei. Kami mesti sampai di sempadan sebelum pukul 10 malam di mana pintu sempadan akan ditutup. Sebelum keluar dari Brunei kami mengisi minyak kereta di Seria. Minyak dijual di sini dengan 2 harga - harga orang tempatan dan harga untuk orang luar. Pada petang itu kami mengisi minyak jenis Ron 97.Harga untuk warga tempatan ialah B$0.57 dan untuk warga luar B$0.89 (RM 2.30) seliter. Akhiryta kami tinggalkan Pekan Seria pukul 6.30 petang menuju ke Limbang

Jom ke Limbang!













Related post:


Kembara Borneo - Driving from KK to Lawas


No comments:

Post a Comment